Friday, July 6, 2012

Matlamat Perkahwinan Dalam Islam

Salam..
Perkahwinan...emmm....
aku rasa angpa semua mesti taw apa itu kahwin kan..
so tak payah aku nak jelaskan lagi maksud nya..
cuma aku nak bagitau angpa ja...
antara matlamat kahwin dalam islam ni..
angpa baca la sendiri..
antaranya adalah...

Masjid Al-Bukhary,Alor Setar,Kedah


Untuk mendapat kemuliaan dari Islam dengan perkahwinan..
Diantara perkara yang menunjukkan Islam itu memuliakan manusia dengan perkahwinan iaitu..
menjadikannya sebagai satu ibadah...Nabi pernah bersabda..
"Hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang dari kamu akan mendapat pahalanya"..Para sahabatnya bertanya:"Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala?"..lalu Nabi jawab..
"Ya,apa kata kalau kamu melepaskan nafsunya pada yang haram(tentunya mendapat dosa)?..Demikian juga sebaliknya apabila seseorang itu melepaskan pada yang halal dia akan dapat pahala."(HR Muslim)
Nabi bersabda lagi:"Tiga golongan yg Allah pasti tolong mereka salah-satunya org yang bernikah kerana nak menjaga dari maksiat.:(HR Tarmizi)

Mencari ketenangan dan kebahgiaan dalam perkahwinan..
Firman Allah S.W.T:
Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri..(Al-Rum:21)
Nabi bersabda:"Empat daripada kebahgiaan diantaranya adalah isteri yang solehah."(HR Ibnu Hibban)

Perkahwinan dapat menyempurnakan iman..
Nabi bersabda:"Sesiapa yang berkahwin maka telah sempurna imannya dan maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah lagi."(HR Ibnu Majah)..
dengan kahwin kita dapat dah separuh iman dan kita hanya perlu lagi setengah iman untuk memperolehi keseluruhannya..alangkah indahnya kalau dapat mencapai keseluruhan iman itu...

Meletakkan syahwat ditempat yang halal
Nabi bersabda :
"Apabila seseorang kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya."(HR Muslim)
Yang ni jangan plak tersalah paham ya...perlu baca dan paham betol-betol...ayat lastttt sekali tu...ISTERI...
tapi sekarang lihat ramai golongan yang dah berkahwin terutama suami orang banyak ke tempat-tempat maksiat...bukan makna aku penah masuk situ ok aku tengok tv kot...999 banyak da kesah serbu-serbu aku tengok muka bapak orang ja yang banyak...ish..ish....

Membina generasi yang gemilang
Allah berfirman:
"Hendaklah kamu kahwin dengan itudapat memperbanyakkan zuriat,sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat."
Masyarakat sekarang sudah salah paham akan maksud firman ni..
memperbanyakkan zuriat disini adalah dari perkahwinan yang halal dan mendapat zuriat dari perbuatan halal..
dan bukan nya dari perbuatan zina yang banyak berlaku pada hari ini..
ada juga yang tidak mahu zuriat apabila sudah kahwin sesungguhnya dari zuriat itu datangnya rezeki...

Islam ini kalau kita buat atau lakukan ikot cara Islam maka bahgia lah dan baik lah kita...
sesungguhnya Allah turunkan Islam itu adalah sebaik-baik agama..
 Janganlah kita kata gatal pada orang yang nak berkahwin,tapi..
kita cela lah pada orang yang nak buat maksiat..
Renung-renungkan dan selamat beramal..
 

 

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...