Wednesday, July 11, 2012

Fenomena tentang Pompan-Part 2

Salam..
Sebelum ni slipar dah kasi fenomena tentang pompan dalam part 1..
so skrang slipar nak bagi sambungan part 2 plak..
korang ingat sikit sal pompan ni banyak kot..
kalu isi slot akasia ntah da brapa episod ntah..
meh kita baca fenomena sal pompan part 2 plak...
jom kita...

korang pon taw kan yg pompan nih suka gosip..
sebbab tu la diorang suka ingin tampil berkelompok didepan umum..
spaya memberikan mereka kesempatan untuk mereka bergosip..
tp kebanyakkan berita sal gossip banyak laki jadi hos...hehe

Pompan ni plak tak penah tahan untuk jawab telepon..
walau apa kerja diorang lakukan telepon tetap diorang champion untuk menjawabnya..
Sebab diorang menganggap telepon itu sbg pengumuman loteri dan mereka pemenangnya..(haha)

Pompan juga diorang akan simpan 3 syampu berbeza dan 2 jenis conditioner..
sebab tu la kita laki nih jgn heran apabila diorang sudah mandi bilik mandi akan berbau 'hutan hujan tropika'..

Pompuan akan digaji(dibayar) lebih murah dibandingkan lelaki kecuali dalam dunia model...

Perempuan tak tahu apapun pasal kereta kecuali diperlukan oleh kilang untuk jadi model iklan kereta...

Perempuan tak penah 'salah'...
dan meminta maaf adalah tugas lelaki...
hmmm.........

Bila lelaki pergi untuk 7 hari perjalanan,maka mereka akan membawa pakaian untuk lima hari sahaja...
bila pompuan pergi unutk 7 hari perjalanan,mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari...
ini kerna pompan tak tahu yang akan mereka rasakan apa yang mereka pakai setiap hari...


ok..sampai sini aja fenomena tentang pompan nih..
kalu korang rasa ada lagi fenomena pompan ni korang bleh ckp kt komen..
hehehe...
kepada pompan jgn marah ye....
nanti kena jual...
tp laki kena ingat yg mak kita juga pompan..
sayangi lah ibu anda..
Kalu tanpa mereka siapa lah diri kita ni..
ayah tak boleh mengandung k...
mama i love u..

seterusnya.. Fenomena tentang Pompan-Part 2

Tuesday, July 10, 2012

Kuda tercantik didunia


Salam..

tengok ni kuda paling cantik didunia...
ingat orang je cantik..







silap upload plak..
kuda kt bawah ni la baru betol...



haaa..cantik tak..pan kot...hehe

seterusnya.. Kuda tercantik didunia

Monday, July 9, 2012

Giveway Ramadhan..Cik Jajika!!

salam..
korang nak hadiah menarik tak just follow je blog...
selipar ntah bila la nak buat giveaway ni tgk macam menarik jugak...
jom korang ikot selipar follow blog cik jajika mana tahu dapat hadiah..
hadiah berupa beg bleh la selipar beli makanan kt bazar ramadhan kalu menang...

klik sini nak menang!!
seterusnya.. Giveway Ramadhan..Cik Jajika!!

Sunday, July 8, 2012

Fenomena Tentang Pompuan-Part 1


salam..
wahai laki-laki suma angpa kena tau skit pasai pompan nie...
pompan ni mcm-mcm fenomena nya yg perlu laki kena tau..
banyak kot fenomena sal pompan ni..
soo crita dulu skit dlm sal fenomena ni..
kita sembang sikit dalam part 1..
alkisahnya....


kalu laki (msuk aku la) nak tau..pompan ni adalah makhluk tuhan yg sukaaaaa..
bershopping....dalam anggapan mereka,kedai,shopping mall,supermarket atau pasar sekali pon adalah tempat dimana mereka seolah merasa ter'kontrol....
(padahal terbukti mereka 'lost kontrol' tempat macam tu.)

mereka juga sangatlah suka segala hal bersifat tawar-menawar..
pertanyaan tentang 'apakah itu diperlukan' tidaklah relevan..
bagi mereka segalan yg dijual dan ditawarkan ibarat sebuah permainan yg mengasyikkan dan amat diperlukan..

pompuan suka menangis..dan mereka takkan nangis kecuali mereka tau bahwa laki/kita boleh mendengarnya..

mereka juga akan selalu bertanya sesuatu yg tak mempunyai jawapan pasti..
ini adalah ntuk membuatmu merasa bersalah....

Pompan suka berbicara..so mereka akan tetap bercakap,borak karena kalu berdiam diri atau tutup mulut sgt menyeksakan bagi mereka..
sebenarnya takdak sesuatu pon yg ingin dibicara...pot..pet lah tu..

pompuan perlu merasa bahwa ada orang yang lebih 'buruk' dari mereka...
sebab tu rating acara-acara seperti Oprah Winfrey Show sangat berjaya..

Pompan tak suka akan serangga..bahkan pompan sekuat catwoman pon selalu memerlukan laki disamping mereka jika ada serangga muncul..

Pompuan Malaysia lebih suka akan laki sejati dan tak suka laki tak kemas...
padahal laki yg kurang sejati pada mamat korea semua mereka suka dan ensem walaupon pakai baju lengan sebelah pendek sebelah panjang...



seterusnya.. Fenomena Tentang Pompuan-Part 1

Saturday, July 7, 2012

Pembelian Pertama Liverpool Dah Kompem?

Setelah menunggu lama akhirnya liverpool berkemungkinan dapat player baru yang pertama dibeli oleh managernya iaitu Brendan Rogers..
player itu adalah Fabio Borini penyerang pasukan Roma..

Fabio Boroni pernah bermain dibawah kendalian BR..
dia penah dipinjam kt Swansea dulu dia penah la main dengan BR ni..
harga dia sekitar 7.5 million euro..
BR memang nak sgt dapatkan plyer ni dan khabar angin mengatakan dia semakin hampir menyertai Liverpool..
tunggu dan lihat adakah dia ni jadi pembelian pertama BR untuk Liverpool musim ini...
seterusnya.. Pembelian Pertama Liverpool Dah Kompem?

Friday, July 6, 2012

KL Gangster 2 tayang tahun ini..DITANGGUHKAN

castello suda mali...tunggu abg2 besar semua..

salam..
nampaknya peminat kl gangster kena la simpan duit lagi simpan untuk tahun depan..
disebabkan lambakan filem-filem nak ditayang tahun ni dan giliran untuk tayangan kl gangster 2 terpaksa diajakkan pada tahun depan..

Lebih lanjut klik ni  
seterusnya.. KL Gangster 2 tayang tahun ini..DITANGGUHKAN

Lebih Gol Lagi Mahal

salam..
Euro 2012 telah berjaya meningkatkan harga pemain-pemain yang kini jadi buruan kelab gergasi bola sepak england..
Player-player sepanyol mungkin paling bahagia ketika ini selepas memenangi kejohanan euro 2012 kali ini..
Walaupn tidak menjuarai kejohanan euro tetapi dengan player-player ini mendapat faedah lebih besar kali..
apakan tidak dengan euro ni player-player ini telah menjadi buruan dan ejen-ejen mereka telah menaikkan nilai player mereka masing-masing..
antara player yang telah dinaik harga dan menjadi buruan..


MARIO BALOTELLI
dia yg meledak 3 gol disepanjang kejohanan ini..
2 gol pada game penting ketika menewaskan jerman diseparuh akhir membuatkan harga beliau melonjak naik..
selepasersembahan mantap yg ditunjukkannya ejen nya telah meletak harga baru..


 RM 1 billion
Usia: 21 tahun..
Kelab: man city
Posisi: penyerang


DAVID SILVA
Penjaring gol pertama sepanyol di final euro 2012..
kini bermain bersama man city dan menjadi buruan kelab eropah..
tetapi dgn kelab terkaya inggeris itu masih genggam kontraknya pasti mengerunkan harganya jika ada kelab lain mahu dapat khidmatnya..Real madrid dikatakn berminat dan mungkin perlu membayar dengan harga 80 juta pound(RM400 juta) untuk mendapatkannya..


RM 400 juta
Usia: 26 tahun
Kelab: Man city
Posisi: tengah


ROBERT LEWANDOWSKI
Bintang poland ini juga mampu mengubah nasib dengan berhijrah ke kelab eropah gergasi lain selepas apa yang diperolehinya ketika di euro 2012.
Dia dikata berminat bermain di liga EPL walaupun dia kini masih terikaat dengan kelab borussia dortmund..
Man utd dikatakan telah 'skodeng' player ini tetapi kelabnya berat melepaskan plyer ini dengan harga 4.5 juta pound 4 tahun dulu...kini ejen nya meletakkan harga baru utk nya...


  RM 200 juta
Usia: 23 tahun
Kelab: Borussia dortmund
Posisi: Penyerang


JOAO MOUTINHO
Dia telah menjadi rebutan dengan man utd yang kini terpaksa bersaing dengan totteham hostpur bakal dikendali oleh andre villas boas musim depan bagi mendapatkan player ini yg sekarang bermain di Porto..
harga 30 juta pound mungkin tidak jadi masalah utuk alex ferguson,tetapi kecenderungan moutinho terhadap bekas jurulatihnya membuat man utd terpaksa berbelanja besar bg mendapatkannya..

 RM 150 juta
Usia: 25 tahun
Kelab: FC porto
Posisi:tengah


ALAN DZAGOEV
Spurs dikatakan telah mengintai bagi mendapatkan player lincah dari russia ini yg telah meledak 3 gol dalam peringkat kumpulan pada euro 2012..
bapanya telah dikatakan spurs ada menghubunginya utk mendapatkan anaknya itu...
Chelsea,Arsenal juga dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya..


RM 80 juta
Usia: 22 tahun
Kelab: CSKA Moscow
Posisi: tengah
seterusnya.. Lebih Gol Lagi Mahal

Matlamat Perkahwinan Dalam Islam

Salam..
Perkahwinan...emmm....
aku rasa angpa semua mesti taw apa itu kahwin kan..
so tak payah aku nak jelaskan lagi maksud nya..
cuma aku nak bagitau angpa ja...
antara matlamat kahwin dalam islam ni..
angpa baca la sendiri..
antaranya adalah...

Masjid Al-Bukhary,Alor Setar,Kedah


Untuk mendapat kemuliaan dari Islam dengan perkahwinan..
Diantara perkara yang menunjukkan Islam itu memuliakan manusia dengan perkahwinan iaitu..
menjadikannya sebagai satu ibadah...Nabi pernah bersabda..
"Hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang dari kamu akan mendapat pahalanya"..Para sahabatnya bertanya:"Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala?"..lalu Nabi jawab..
"Ya,apa kata kalau kamu melepaskan nafsunya pada yang haram(tentunya mendapat dosa)?..Demikian juga sebaliknya apabila seseorang itu melepaskan pada yang halal dia akan dapat pahala."(HR Muslim)
Nabi bersabda lagi:"Tiga golongan yg Allah pasti tolong mereka salah-satunya org yang bernikah kerana nak menjaga dari maksiat.:(HR Tarmizi)

Mencari ketenangan dan kebahgiaan dalam perkahwinan..
Firman Allah S.W.T:
Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri..(Al-Rum:21)
Nabi bersabda:"Empat daripada kebahgiaan diantaranya adalah isteri yang solehah."(HR Ibnu Hibban)

Perkahwinan dapat menyempurnakan iman..
Nabi bersabda:"Sesiapa yang berkahwin maka telah sempurna imannya dan maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah lagi."(HR Ibnu Majah)..
dengan kahwin kita dapat dah separuh iman dan kita hanya perlu lagi setengah iman untuk memperolehi keseluruhannya..alangkah indahnya kalau dapat mencapai keseluruhan iman itu...

Meletakkan syahwat ditempat yang halal
Nabi bersabda :
"Apabila seseorang kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya."(HR Muslim)
Yang ni jangan plak tersalah paham ya...perlu baca dan paham betol-betol...ayat lastttt sekali tu...ISTERI...
tapi sekarang lihat ramai golongan yang dah berkahwin terutama suami orang banyak ke tempat-tempat maksiat...bukan makna aku penah masuk situ ok aku tengok tv kot...999 banyak da kesah serbu-serbu aku tengok muka bapak orang ja yang banyak...ish..ish....

Membina generasi yang gemilang
Allah berfirman:
"Hendaklah kamu kahwin dengan itudapat memperbanyakkan zuriat,sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat."
Masyarakat sekarang sudah salah paham akan maksud firman ni..
memperbanyakkan zuriat disini adalah dari perkahwinan yang halal dan mendapat zuriat dari perbuatan halal..
dan bukan nya dari perbuatan zina yang banyak berlaku pada hari ini..
ada juga yang tidak mahu zuriat apabila sudah kahwin sesungguhnya dari zuriat itu datangnya rezeki...

Islam ini kalau kita buat atau lakukan ikot cara Islam maka bahgia lah dan baik lah kita...
sesungguhnya Allah turunkan Islam itu adalah sebaik-baik agama..
 Janganlah kita kata gatal pada orang yang nak berkahwin,tapi..
kita cela lah pada orang yang nak buat maksiat..
Renung-renungkan dan selamat beramal..
 

 

 
 
seterusnya.. Matlamat Perkahwinan Dalam Islam

Brendan Rodgers Dan Playernya First Time Jumpa


Salam..
Selepas tamatnya euro dan kini kita akan tunggu plak ketibaan musim baru liga-liga bola sepak dunia (liga malaysia masih main lagi)...
walaupun telah lama jadi coach the reds tapi player-player liverpool belum pun lagi jumpa coach baru mereka ni..
selepas tamatnya euro baru la player kita dapat jumpa dengan BR ni buat kali pertama..
setelah lama menanti...
tengok ni betapa happy nya dorang bila jumpa masing-masing tunjuk kemampuan..


Tengok joe cole pon ada jugak..
Raheem sterling harap main musim depan



Makin gempak la midfield liverpool kali ni..
Cara betul sepak bola..   


 
seterusnya.. Brendan Rodgers Dan Playernya First Time Jumpa

Monday, July 2, 2012

Tiga(3) Cara Barat Nak Menguasai Kita

3 cara orang barat nak kuasai kita.berhati-hatilah korang...

yang pertama ialah dari pakaian....
pakaian ketat-ketut dan sendat-sendut..
pakaian yang membuka sampai nampak dada dan nak menunjuk buntut..
senang cakap pakaian yang orang zaman sekarang pakai.dekat2 mall banyak la nampak..
sabda rasullulah S.A.W"akan datang pada akhir zaman nanti orang yang berpakaian tetapi berbogel". maksudnya perkara diatas..

menduduki carta kedua ialah percakapan..
bukan tak boleh bercakap langsung...boleh tapi percakapan yang dipengaruhi oleh nafsu dan ikut kepala lutu t yang tak boleh..
cth : 'tak nampak la tubuh badan aku yang hot ni kalu tutup aurat'.'tak moden la wei ada dara'.nanti tua nak mampus aku semayang la'..
ingat lah korang dah dalam langkah kedua utk dikuasai barat..  

melengkapi top 3 ialah tingkah laku..
minum arak,berzina,seks sejenis,,ingatlah korang dah masuk perangkap samar barat...
berhati-hati lah jangan sampai tercabut iman.
ingat lah orang kafir itu akan kekal selamanya didalam neraka jahanam.


soo kalu kita rasa kita ada dalam kategori diatas cepat-cepatlah bertaubat sebabnya masa dia dah sangat hampir..
bila sampai matahari terbit sebelah barat pintu taubat akan tertutup..kita boleh fikir bahana dia dekat situ..

Dia tak kan suruh kita ikt dia tapi dengan cara dia diorang dapat bawa kita kepada kemusnahan.ingat siapa diri kita dan siapa pencipta kita dan asal-usul kita..
lumrah manusia memang suka kepada macam ni sebab diorang pakai cara yang halusss..

sayang lah agama dan bangsa kita...      

 
seterusnya.. Tiga(3) Cara Barat Nak Menguasai Kita

Piala Euro 2012 Ke Kota Madrid

Dengan lancarnya mereka bermain tiki-taka akhirnya sikit demi sedikit berjaya mengoyak itali dan membawa pulang piala eropah kali-2 ke madrid. sepanyol yang merupakan juara dunia telah bermain seperti kebiasaan dengan menguasai setiap perlawanan mereka main dan sekali lagi berlaku di pentas final euro 2012. itali yang sebelum ini telah bermain 'lawa' akhirnya tidak dapat menandingi kehebatan tiki-taka skuad kendalian vicente del bosque apabila mereka berjaya menguasai perlawanan dengan hantaran pendek dan tepat antara satu sama lain seperti kebiasaan.

tetapi,luar biasanya mereka berjaya menghasilkan empat gol keatas itali dan dipentas final adalah sesuatu diluar kebiasaan mereka.  kemenangan 4-0 keatas itali pagi tadi telah menambah koleksi almari mereka dengan mempertahankan piala eropah yg telah mereka miliki 4 tahun dulu.

iker casillas dan penyerang ortodok sepanyol,fernando torres telah mencipta sejarah tersendiri. torres menjadi player pertama yang menjaringkan gol di pentas final dalam dua kejohanan eropah,euro 2008 dan euro 2012,dan kemenangan sepanyol di euro 2012 merupakan kemenengan ke-100 casillas dalam kejohanan bolasepak antarabangsanya.

selain torres menjaringkan gol ke-3 untuk spain,jordi alba,david silva dan juan mata masing2 turut menyumbatkan gol di pentas final yg berlangsung di olympic stadium awal pagi tadi.

gol-gol sepanyol dijaringkan pada minit ke14 hasil jaringan tandukan david silva yang mendapat hantaran daripada player barca,fabregas. gol kedua dihasilkan pada minit ke-41daripada player jordi alba yang terhasil daripada lorongan cantik daripada xavi kepada jordi dan tenang dia melepaskan sepakan melepasi buffon. minit ke-75 torres dibawa masuk menggantikan fabregas dan torres dengan kuasa pemusnahnya telah menjaringkan gol ke-3 dengan mudahnya apabila melepasi sepakan lerek kearah gol. gol ke-4 dihasilkan oleh juan mata juga pemain gantian yg mendapat hantaran pendek dari torres dan melepaskan sepakan terus ke arah gol... 

empat tahun lalu di euro 2008,sepanyol telah menamatkan penantian 44 tahum mereka untuk memenangi piala eropah dengan menumpaskan jerman dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan torres. sejak dari itu skuad sepanyol ini telah menjadi skuad yang tidak dapat ditandingi lagi oleh mana-mana pasukan hingga hari ini.



Tahniah Sepanyol
seterusnya.. Piala Euro 2012 Ke Kota Madrid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...