Saturday, June 30, 2012

Vargas Dikaitkan Dengan The Reds


Setelah ketidakjadian Martin Skrtel ke kelab 'bandar' dan tidak sabar untuk beraksi msim baru bersama liverpool, kini liverpool masih belum lagi dapat 'mengikat' player baru untuk musim depan dan masih lagi dalam pencarian. liverpool telah mempunyai banyak pilihan untuk dibawa masuk ke anfield tetapi semuanya masih menjadi tanda tanya dan terbaru,Juan Manuel Vargas atau panggilan manja'El Loco' yg bermain di posisi sayap untuk kelab fiorentina. agen kepadanya memberitahu yg "vargas berkemungkinan akan tinggalkan fiorentina tetapi itu hanyalah khabar angin dan bukan keputusan rasmi lagi". agen nya turut beritahu yg vargas tertarik untuk bermain di liga EPL dan liga primera. tunggu dan tengok adakah dia ni player pertama yang BR akan bawa masuk ke bumi anfield...
seterusnya.. Vargas Dikaitkan Dengan The Reds

10 Perkara Buet Lelaki Rimas Dengan Awek

Salam. asyik-asyik kita baca kat internet cerita pasal sifat yang perempuan rimas dengan lelaki,5 sebab perempuan tak layan lelaki. boleh cakap macam la lelaki ni menyusahkan atau perempuan yang perasan dia cantik la konon. ingat lelaki tak ada ke perasaan asyik salahkan lelaki je yang tak kena. malu weh. nah kat sini kita balas balik antara perkara yang buat lelaki rimas dengan perempuan/awek. hemoh..hemoh..hemoh...
gambar hiasan

No1.Laporan Harian
member aku cakap yang ni macam report polis. setiap masa
kalu buleh si awek ni nak tahu je apa yg balak dia buat..
cth : awk tgh buat ape tu...tadi pegi mana..buat apa....dh makan blum...
sbb apa rimas : apa ke gila semua benda kena kasi tau...dh la kena kasi tau nih tuh nih tuh..hek eleh leceh betul..

No2.Kuat Merajuk
-nih slalu jd time ada kes2 kecik jeee..
cth : lmbat balas mesej,mesej pompuan mana lg?!...lambat angkat tipon?!!...
bila tipon walaupun tgh tido jwp lam keadaan mengantok huaaaa...lambat sampai tempat date(padahal kenkadang 5 minit je)..lupa nk wish selamat malam(ni paling bangang)..bukan tak buleh merajuk...buleh...kalu nak merajuk pun kes2 beso mcm curang ke lupa tarikh lahir dia ke..

No3.Kuat Ngonkong
-dh la kena buat laporan harian..pastu bila kata nk p uptown tak kasik..nk p sana situ tak kasik..
alasan slalu gna :nanti awak ngorat awek len.....apa kes...
hahaha...nih ler penyebab kami golongan kami asyik terpaksa tipu sunat...bukan apa kang jujur kang tak kasik...kang p jugak mula la nk nyentap...majuk..dah la nk pujuk payah(semua nih bala2)

No4.Selalu Sangat Mintak Perhatian
-ok...bukan ckp tak buleh..buleh kalu nk manja2...tapi agak2 la kalu dh setiap saat asyik org nak kena ngadap dia ja..semak jugak..org pon ada masa gak dgn kawan2 men futsal ke..wat keja ke..dah la kenkadang ada kes sampai tgh dalam tandas pon tipon...aisshhhh...
ish2 dlam sehari 2 3 kali tipon dah la tipon membebel 2 jam sekali mana tak rimas buatnya...aduyai...

No5.Cemburu Buta
-haa nieyh kes berat..jeles tak bertempat..ada ke patut bila reply mesej kt FACEBOOK ngan member pompuan dikatakan ada hati...bila mesej dgn pompuan len lg la perang beso....haha...padahal aku hang je ngan budak tu takda pon syg2...kadang pasal keja pon nk jeles tak tentu pasal...

No6.Sifat Suka Sgt MenSPY Balak
-nie kes member aku...abis semua kwn2 si balak tu dia add nyer....pastu mintak kwn2 tgk2 balak dia...kalu ada kuar ke sembang ke dgn pompuan lain kasik tau kt dia....mampus kalu kena kt aku awek mcm tu...

No.7 Bandingkan Dengan Org Lain
-Suka sgt crita kt balak yg kapel tu sweet kapel.....ingat lelaki suka ke apa nk dgr crita tentang kapel len...memasing ada cara sendiri...tak payah nk ikot org len..ada yg buleh sempoi ikut masing2 la....hadoihhh

No8.Marah Bila Sembang Pasal Perempuan Lain
-ok..mungkin bila ada yg sembang pasal pompuan len tu terasa la kt ati sikit  yg jelas skit....haha tujuan lelaki(korang tak tahu la) ckp pasal benda tu bukan nya apa..nak kenalkan dengan si dia tu tu siapa member2 kita tak kira la pompuan ke atau lelaki..tipu la korang tak berkawan dengan pompuan len tambah yang duk ipt..soo si dia tak la nanti cemburu tak bertempat..

No9.Tak Memahami
-hahah..kes ni paling bes.sesetengah pasangan mempunyai waktu berbeza...ada yang awek dia free waktu malam je.ada yg free waktu siang je..kes ni slalu kena kt batang idung lelaki..kenkadang waktu orang tgh keja si dia duk sibuk time2 tu la dia nk mesej pastu nak call...call pun bukan apa cdey tgk crita korea je...ada gak time lelaki perlukan masa untuk bersendirian time2 tu la gak nk sibuk p mintak perhatian..kang marah kang nyentap kata tak sayang ke apa.cuba give and take sikit.

No10.Kuat Bebel
-haa yg ni yg pantang.nyampah gila bila kena..dah paham kot naluri perempuan..memang kuat bebel...pot..pet..pot..pet...bukan tak buleh bebel ni kenkadang bila buat salah sikit ja duk bebel sampai kenkadang cecah masa 3 hari 3 malam..bagi lelaki ckp sekali dah cukup tak payah nak ulang banyak kali...pastu jgn nak ungkit2 salah yang lalu tu buatkan nyampah n rrasa rimas dengan awek..


soo dh ckup 10..tapi ada 1 lagi nak bagitaw...kalu lelaki ada awek yang suka tengok crita korea korang sabar la ye..nanti korang pun akan berjangkit tengok crita korea korang pun leleh..awek korang pasti akan paksa korang tengok juga tak kira sikit atau banyak...ni pon rimas jugak dengan awek men paksa2 dh la tak mahu tengok...so korang tentukan sama ada dibicara ni betul@tidak..bukan nak ckp diri perfect ni berdasarkan apa yang dirasa.so kalau nk hubungan tu kekal n best je kena la sempoi..jangan terlampau2 sangat..semua diambil secara sederhana..apa benda pon kalau buat terlampau2 sangat memudaratkan.soo akhir kata semua orang tak perfect so tepuk dada tanya selera sesama la kita perbaiki diri demi masa depan yang lebih cerah...

p/s..membebel tu salah satu hiburan untuk perempuan..lelaki kena paham...
seterusnya.. 10 Perkara Buet Lelaki Rimas Dengan Awek

Skrtel Gembira Di Anfield

Salam. Setelah menunggu lama untuk menandatangani kontrak baru bersama liverpool pada musim akan datang akhirnya pertahanan kental liverpool menyambung kontraknya dan dia tidak sabar untuk bermain pada musim akan datang. sebelum ini juara EPL, man city dan kelab kaya dari russia,anzhi makhachkala telah memantau perkembangan dia dan dijadikan sasaran mereka untuk pembelian pemain baru mereka. pemainan skrtel dibarisan pertahanan semakin meningkat baik dan antara pertahanan terbaik liga. dia bersama agger yg bermain di pertahanan tengah berjaya mencipta kerasian dan menjadikan mereka antara pertahanan yg sukar dilepasi. skrtel yg menyertai liverpool sejak januari 2008 dari kelab zenit st petersburg dan telah membuat penampilan sebanyak 172 di kesemua perlawanan dan menjaringkan gol sebanyak 7 gol.
seterusnya.. Skrtel Gembira Di Anfield

Friday, June 29, 2012

Kalau itu jodoh kita


Salam. Jodoh adalah ketentuan Allah tak kira kita hidup dibumi ni dengan ada rupa hensem,kacak,cantik atau perasan cantik jodoh kita telah pun ditentukan. jodoh kita juga tak kira lambat atau cepat buruk atau cantik miskin atau kaya dia adalah jodoh yang selayaknya dan kita perlu terima seadanya kerana Allah telah tentukan dan yang terbaik dari Nya untuk kita. kita sebagai hamba haruslah terima dengan seadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. kat bawah ni adalah apa yang anda perlu tahu dan buat apabila itu jodoh kita :

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
seterusnya.. Kalau itu jodoh kita

Thursday, June 28, 2012

Cardiff City mahukan Bellamy

Nampaknya Liverpool makin kehilangan pemainnya sikit-sikit dan manager masih lagi terkial-kial mencari pemain baru.mempnyai sasaran tetapi perlu berebut dengan tottenham untuk mendapatkan Gylfi Sigurdsson,skrtel diintai kelab 'bandar' dan kini kelab cardiff city mahukan bellamy pulak.

Akulah Bellamy..

Walaupun dia masuk liverpool free je tapi free-free dia pun dia lebih menyerlah dari wang 100 million pound yang dibelanja oleh king kenny pada musim perpindahan lalu.dia ni juga bekas pemain liverpool dan pengalaman pun lebih dari pemain yang dibeli king kenny.so,takder masalah la bagi dia nak sesuaikan diri di anfield.



p/s..barang free ingat dh tak bagus ke kadang lebih bernilai dr yang berharga
seterusnya.. Cardiff City mahukan Bellamy

Tuesday, June 26, 2012

City Mahu Skrtel!!


Seperti yang kita tahu "abg besar" team liverpool semakin meningkat corak permainannya dan semakin serasi dengan kapten Denmark,Agger dibarisan pertahanan. team liverpool dapat tahu yang pasukan City telah skodeng pertahanan tengah the reds sebagai sasaran mereka pada musim perpindahan kali ini dan dipercayai mereka memantau perkembangannya hingga kini. kalu korang nak tahu,Skrtel belum lagi sign kontrak lanjutan untuk bersama liverpool lagi ke tak,tetapi liverpool sendiri yakin yang dia akan sign jugak kontrak bersama liverpool nanti. so,berharap la dia akan sign kontrak tu dan tidak berpindah ke pasukan 'bandar'.
seterusnya.. City Mahu Skrtel!!

Liverpool Transfer : 5 Pilihan Untuk Midfield Reds'

1. Yohan Cabaye,Newcastle United


2. Alberto Aquilani,AC Milan(Loan)
3. Joao Moutinho,FC Porto
4. Gylfi Sigurdsson,Hoffenheim
5. Isco,Malaga
seterusnya.. Liverpool Transfer : 5 Pilihan Untuk Midfield Reds'

Sunday, June 24, 2012

Brendan Rodgers dan 'Tiki-Taka'nya

Sebelum BR ni jadi pengurus pasukan kita dia ni jadi pengurus ''angsa laut'' dan semasa dia disana dia menggunakan tektikal macam team barcelona iaitu dengan tektikal ''tiki-taka'',''tiki-taka'' bukan teka-teki tau.Team kita ni tak biasa lagi dgn tektikal ni so dia akan terapkan sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan memerlukan sedikit masa bagi kapten gerrard,suarez,agger dan lain-lain untuk membiasakan diri. so,5 player yag dirasai sesuai or tidak sesuai dengan taktik BR ni ;

 
5 player dirasai sesuai :

1.Luis suarez-dalam tektik BR ni dia mngkin akan bermain pada kiri atau kanan dan tidak jadi penyerang utama kerana BR mahukan penguasaan bola dan kemahiran yang tinggi dari pengawalan bolanya dia miliki.selain itu BR memerlukan ketepatan pass yang tinggi yang telah ada pada suarez ni.musim lalu suarez mempunyai pass accuracy iaitu 74.5%.

2.Jordan henderson-Dia ni ada pengkritik tetap dah pasal keupayaannya yang tak seberapa sejak dari beliau tiba lagi.dengan umur yang awal 20-an beliau dikatakan mempunyai banyak potensi.dia mempunyai potensi dalam tektik BR kali ni sebab dia mempunyai kebolehan dalam pertahanan dan menyerang yang baik.

3.Jonjo Shelvey-mempunyai teknikal dan sifat kerajinan dia boleh dijadikan pilihan yang utama selain charlie adam.dia akan lebih maju dalam arena bola sepak dengan penggunaan tektikal yang BR akan gunakan nanti.

4.Antara calon player pilihan lain untuk BR adalah Lucas.kita sudah tahu kehebatan dia di posisi tengah bertahan yang begitu baik sekali. bukti telah menunjukkan dia semakin meningkat permainan dari semasa ke semasa dan BR harap permainannya akan kekal untuk msim depan.Pass accurancy nya semasa 12 game terakhir beliau ialah 85.6%.

5.Raheem Sterling-mungkin dia ni akan diberi banyak peluang bermain dibawah BR kerana jika beliau bermain dengan banyak dia mngkin jadi salah satu player digeruni satu hari nanti. dengan kepantasan beliau membantu defensif dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya dia kemungkinan menjadi pilihan tetap BR untukl melaksanakan tektikal "tiki-taka" ni.

5 player yang dirasai tak sesuai :

1.Jamie carragher-seorang legend yang telah bermain pada peringkat yang tinggi selama 16 tahun. masalahnya dia ni dah terlalu lama bermain dengan gaya dan corak permainan brirish dan mungkin tak boleh masuk dengan cara yang akan BR bawa nanti. dia juga mungkin sukar mendapat tempat kesebelasan utama kerana terdapatnya agger dan martin skrtel yang sentiasa memperbaiki permainan dan semakin serasi bermain di pertahanan tengah.

2.Charlie adam-diawal pembelian kita mungkin inginkan kemampuan dia seperti beliau di blackpool dulu kala tetapi lain pula terjadi padanya untuk team kita. dengan pembelian yang kurang berbaloi ni beliau diharap dapat mengembalikan semula mood beliau semasa di blackpool dulu. jika dia nak main juga dia kena tingkatkan kecergasan dan ketajamannya lagi.

3.Stewart downing-dengan tidak membantu dan tiada matlamat dalam musim pertama bersama liverpool dan ianya jelas menunjukkan mengapa dia mempunyai pengkritik yang menghebohkan keatas kejayaan dia masuk ke skuad england pada euro 12 ni. jika diteliti keatas pass success nya iaitu 72.5% adalah tidak sebegitu berjaya dan harus dibaiki lagi jika nak dibandingkan dengan pass success maxi rodriguez iaitu 85.2% walaupun bermain tak sekerap downing. jika dia memperbaiki tahap kawalan bola dan ketepatan pass seperti di aston villa kita akan dapat melihat dia yang kita bayar 20m dulu.

4.Jay spearing-salah seorang player yang mempunyai perkembangan pesat di akademi dan dilepaskan untuk bermain dikelab utama. dengan kurangnya keyakinan bermain di kelab utama dan tidak pantas untuk memblok player lawan menyerang dari tengah membuatkan BR perlu memikir panjang. dengan pembelian gylfi sigurdsson dan kebangkitan dari shevly membuatkan dia mempunyai persaingan tempat dibawah pengurus baru ni.

5.Dirk kuyt-dia mungkin ditempet ke-5 yang dirasai tak sesuai dengan cara ini sebelum dia pergi ke fenerbahce tetapi sekarang dia telah pergi. dengan permainan semakin merosot dan ketajamannya semakin tumpul beliau mungkin tidak dapat menarik perhatian BR untuk pemain utama.





seterusnya.. Brendan Rodgers dan 'Tiki-Taka'nya

Monday, June 18, 2012

Brendan Rodgers:"Saya akan berjuang untuk anda"



 Salam. Ni first aku buat blog,blog aku buat ni suka-suka ja atas dasar aku penyokong tegar The Reds, so kalo ada salah ke ada yang tidak kena aku mintak maaf.







 Brendan Rodgers berikrar yang beliau akan berjuang untuk hidupnya untuk membawa kembali kegemilangan ke padang Anfield kita.Tetapi beliau mengakui memerlukan masa untuk menjadikan Liverpool kembali ke pesaingan.Aku harap penyokong-penyokong Liverpool banyak bersabar kerana beliau sendiri memberitahu kesabaran diperlukan untuk membawa team kita ni keperingkat lebih tinggi kerana ini projek jangka pangjang dan memerlukan sedikit masa..

Ni sedikit info pasal manager baru kita; 

1973: Dilahirkan pada 26 Januari (Sama dengan Mourinho!) di Carnlough, Northern Ireland 
1987: Mula bermain sebgaai pemain pertahanan untuk Ballymena United 
1990: Menyertai Reading sebelum terpaksa bersara selepas mengalami kecederaan. Kekal di situ sebagai jurulatih. 
2004: Jose Mourinho melantik Rodgers sebagai pengurus pasukan muda Chelsea 
2006: The Blues menaikkan pangkatnya kepada pengurus pasukan simpanan Chelsea 
2008: Menjadi pengurus Watford 
Jun 2009: Kembali ke Reading menggantikan Steve Coppell 
Disember 2009: Meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas permulaan yang teruk 
Julai 2010: Kembali menjadi pengurus bersama Swansea 
Mei 2011: Membawa The Swans ke Liga Perdana melalui pusingan kalah mati 
Mei 2012: Membawa The Swans ke tempat ke-11 dalam musim pertama mereka di Liga Perdana

Gudluck Brendan Rodgers,

kredit liverpool fc.com

seterusnya.. Brendan Rodgers:"Saya akan berjuang untuk anda"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...