Monday, June 18, 2012

Brendan Rodgers:"Saya akan berjuang untuk anda"



 Salam. Ni first aku buat blog,blog aku buat ni suka-suka ja atas dasar aku penyokong tegar The Reds, so kalo ada salah ke ada yang tidak kena aku mintak maaf.







 Brendan Rodgers berikrar yang beliau akan berjuang untuk hidupnya untuk membawa kembali kegemilangan ke padang Anfield kita.Tetapi beliau mengakui memerlukan masa untuk menjadikan Liverpool kembali ke pesaingan.Aku harap penyokong-penyokong Liverpool banyak bersabar kerana beliau sendiri memberitahu kesabaran diperlukan untuk membawa team kita ni keperingkat lebih tinggi kerana ini projek jangka pangjang dan memerlukan sedikit masa..

Ni sedikit info pasal manager baru kita; 

1973: Dilahirkan pada 26 Januari (Sama dengan Mourinho!) di Carnlough, Northern Ireland 
1987: Mula bermain sebgaai pemain pertahanan untuk Ballymena United 
1990: Menyertai Reading sebelum terpaksa bersara selepas mengalami kecederaan. Kekal di situ sebagai jurulatih. 
2004: Jose Mourinho melantik Rodgers sebagai pengurus pasukan muda Chelsea 
2006: The Blues menaikkan pangkatnya kepada pengurus pasukan simpanan Chelsea 
2008: Menjadi pengurus Watford 
Jun 2009: Kembali ke Reading menggantikan Steve Coppell 
Disember 2009: Meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas permulaan yang teruk 
Julai 2010: Kembali menjadi pengurus bersama Swansea 
Mei 2011: Membawa The Swans ke Liga Perdana melalui pusingan kalah mati 
Mei 2012: Membawa The Swans ke tempat ke-11 dalam musim pertama mereka di Liga Perdana

Gudluck Brendan Rodgers,

kredit liverpool fc.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...